Most Popular Cat Food


Rak Kabinet Baru ZAPC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Alhamdulillah syukur kami pada Allah di atas berkat dan usaha gigih kami yang bertahan dalam perniagaan dan perkhidmatan haiwan khusunya sehingga setakat ini melalui cabaran serta saingan antara kedai haiwan disekeliling kawasan. Ramai yang memilih untuk membeli barangan dan keperluan haiwan dengan kami di Zul & Azizi Pets Centre.


Setelah menggunakan hampir 1 tahun, gondola shelving 4kaki x 4kaki ini, kami telahpun membuat keputusan untuk menukar ke kabinet ringkas yang boleh memuatkan banyak barang keperluan dan aksesori haiwan.


Tujuan kami menukar ke kabinet baru kerana ingin memberi ruang yang luas dan kabinet baru ini akan di susun rapi di kedua-dua belah dinding, manakala kaunternya di tengah-tengah penghujung. Ini akan memberi ruang yang sangat selesa ketika pelanggan membeli belah di premis kami.


 

Berbanding dengan gondola shelving 4kaki x 4kaki, ianya memakan ruang dan menampakkan ruang membeli agak sempit dan tidak selesa. Jadi dengan ruang yang selesa, pelanggan tidak perlu lagi berhimpit-himpit untuk mencari barang keperluan & aksesori sicomel.

Semoga perniagaan dan perkhidmatan kami ini memberikan keselesaan kepada pelanggan yang hadir serta harga yang sangat berpatutan berbanding dengan kedai haiwan berhampiran.

0 Komen untuk "Rak Kabinet Baru ZAPC"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC