Most Popular Cat Food


Kami Di Artikel Utusan Malaysia, Mode Hobi

Assalamualaikum, Salam pencinta kucing Malaysia khususnya...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan berkat dan kesungguhan kami dalam bidang perniagaan di Kedai Haiwan Peliharaan & Aksesori, Zul & Azizi Pets Centre akhirnya inilah hasilnya kami di keluaran artikel Utusan Malaysia hari ini, Jumaat, 30.10.2015. Buat pertama kalinya kami di temubual oleh wartawan Puan Mariatul Qatiah Zakaria dalam artikelnya. Kami sempat bertanya, dimana beliau mendapatkan info dan contact no kami, dan beliau menyatakan melalui google di internet.

Terima kasih juga pada pihak google kerana tanpa google mungkin kami tidak sampai ke tahap ini. Dengan berkat kesabaran dan kesungguhan kami untuk terus maju tanpa mengenal erti lelah dan penat. Disamping itu juga pelbagai usaha mempromosi premis kami kepada pencinta haiwan di kawasan sekitar khususnya, terdapat banyak cabaran yang harus di hadapi kerana di sekitar kawasan kami terdapat beberapa buah kedai haiwan yang di pelopori oleh bangsa cina.

Nak tahu selanjutnya tentang kami, anda bolehlah membeli suratkhabar UTUSAN MALAYSIA hari ini yer... Jangan terlambat...

[klik imej untuk pembesaran]

Notakaki: Terima kasih atas sokongan kami, Jomlah membeli belah di premis kami untuk sicomel anda. Harga istimewa menanti anda semua.... Peace No War... :-D



 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC