Most Popular Cat Food


Terma & Syarat ZAPC Sebelum Boarding!

Assalamualaikum dan Salam 4 Ramadhan...

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, masih di beri peluang untuk kami meneruskan perjuagan berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga di permudahkan segala urusan Dunia dan Akhirat. Ameen...

Berita gembira buat pelanggan yang berada di sekitar Seri Kembangan dan Puchong. Untuk pertama kalinya ZAPC akan memulakan operasinya untuk menerima kucing-kucing boarding pada musim perayaan tahun ini dan tempat /sangkar adalah terhad. Kami akan mengenakan terma dan syarat sebelum boarding dan diharap anda boleh mematuhi terma dan syarat oleh pihak kami agar tidak berlakunya sebarang yang tidak di ingini.

Borang Pendaftaran Online Aidil Fitri 2014 akan di edarkan Ahad ini dan anda bolehlah memasukan email untuk subscribe borang tersebut. Anda akan menerima email pengesahan dari kami dan sila buat pengesahan segera agar tidak terlepas pandang. Berikut adalah terma dan syarat ZAPC sebelum boarding yang perlu di patuhi oleh anda.



Notakaki: Tempat kami adalah terhad, sila buat tempahan awal untuk sicomel anda. INGAT! sekiranya anda telah membuat tempahan melalui borang pendaftaran online tetapi anda batalkan tempahan dan tidak memaklumkan kepada pihak kami. Dengan senang hatinya kami akan SENARAI HITAM nombor dan nama anda di dalam sistem kami. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sila maklumkan segera kepada pihak kami untuk memberi peluang kepada pelanggan yang lain. Harap maklum...


0 Komen untuk "Terma & Syarat ZAPC Sebelum Boarding!"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC