Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Al-Mubarak...
Alhamdulillah buat pertama kalinya ZAPC menyambut Bulan Ramadhan pada tahun ini. Dan tahun ini juga kami boarding akan beroperasi. Kami telahpun membuat tempahan sangkar 1 layer dan 3 layer sebanyak 20 buah sangkar. In Sha Allah tempahan sangkar tersebut akan sampai 2 minggu sebelum nak raya nanti.
Kami tidak menyediakan borang online, cuma anda boleh datang terus untuk hantar boarding sicomel anda. Dan urusan boarding hanya dari jam 10.00pagi - 10.00malam. Selepas dari jam 10.00malam kami akan tutup premis dan tidak akan menerima apa-apa tempahan. Harap maklum.
Di kesempatan ini warga ZAPC dan staff ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Di kesempatan ini warga ZAPC dan staff ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Notakaki: Buatlah perancangan awal untuk sicomel anda. Dan pilihlah tempat boarding yang selesa dan selamat.
0 Komen untuk "Salam Ramadhan Al-Mubarak!"