Assalamualaikum & Salam 7 Syawal
Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin buat pelanggan yang menggunakan servis kami pada Hari Raya tahun ini. Syukur Alhamdulillah, seperti biasa kami beroperasi dan menerima kucing boarding untuk Hari Raya AidilFitri 2015. Sambutan dan sokongan dari anda yang menggunakan servis kami mendapat sambutan baik kali ini. Premis kami hanya terhad menerima kucing-kucing boarding untuk cuti perayaan khususnya Hari Raya AidilFitri. Boarding Hari Raya AidilFitri 2015 kali ini, kami menerima hampir 53 ekor kucing dari pelbagai jenis baka. Semuanya dalam keadaan terkawal seperti biasa. Kucing yang dihantar boarding dalam keadaan sihat dan aktif.
Berikut adalah pelanggan-pelanggan yang menggunakan servis boarding kami untuk di kongsikan bersama-sama dengan anda.
Sicome yang kelihatan tenang tanpa tekanan di hari
pertama boarding
pertama boarding
Keadaan sangkar tersusun rapi dan dilengkapi dengan
sistem pencahayaan & pengudaraan yang baik
sistem pencahayaan & pengudaraan yang baik
Agaknya semua kucing keletihan. Mereka di jaga
sebaik dengan makanan & minuman secukupnya
sebaik dengan makanan & minuman secukupnya
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelanggan kerana memilih dan mempercayai kebolehan kami dalam menguruskan hal-ehwal sicomel khususnya pada Hari Raya Aidilfitri 2015 tahun ini. Semoga anda berpuas hati dengan servis kami ini. Kepuasan anda kebanggaan kami. Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang mutu dan servis perkhidmatan kami ini...Terima kasih sekali lagi :-)
1 Komen untuk "Pelanggan ZAPC untuk Hari Raya AidilFitri 2015"
Bangle cat ad jual x?