Most Popular Cat Food


[INFO] Kotak peti Kecemasan Rawatan Asas Untuk Sicomel Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Memandangkan ramai di antara pencinta kucing hanya tahu memberi makan dan masih tidak tahu bagaimana untuk merawatnya jika ada waktu kecemasan seperti demam atau hilang selera makan dan lain-lain, bukan?


Melalui pembacaan dan pengalaman kami dalam menjaga kebajikan si comel, kotak peti kecemasan rawatan asas haruslah disediakan jika berlakunya sesuatu kejadian kecemasan yang tidak di ingini memandangkan perkhidmatan klinik vet hanya beroperasi sehingga jam 8.30malam. Jika ada yang beroperasi 24jam, mungkin caj rawatan dan perubatan sangat mahal berbanding rawatan dan perubatan manusia di klinik biasa.

Jadi inilah info entri yang terbaik dimana anda boleh menyediakan kotak peti kecemasan jika berlakunya kejadian kecemasan terhadap sicomel anda. Kami akan senaraikan jenis ubat/ antibiotik dan suppliment serta fungsi kebaikan rawatan untuk sicomel anda.

Perubatan/ Suppliment
1- Antibiotik Doxycillin- Untuk merawat demam dan selsema @ "flu"
2- Oitment Terramycin- Untuk merawat sakit mata @ "pink eye"
3- Dermanol Herba/ Himalayan Canisep Cream- Untuk mencegah kurap @ "fungus"
4- Surolan/ Troy Ear Canker- Untuk membunuh kutu telinga @ "earmite"
5- Worm Syrup/ Worm Tablet- Untuk membasmi cacing pita, gelang dan kerawit
6- Spot On Advantage Cats- Untuk menghapuskan kutu sengkenit dan hama
7- Susu berbentuk cecair atau tepung (Anak Kucing sahaja)- Untuk menguatkan tulang & kalsium
8- Supplimen Bulu dan kulit- Untuk kegunaan kucing yang keguguran atau masalah kulit berkuping
9- Supplimen Imunisasi seperti Transfer Factor- Untuk tingkatkan sistem imunisasi
10- Minyak Gamat- Untuk kegunaan luka luar sahaja
11- Cuka Epal- Untuk membersihkan rawatan luka

Perkara penting dalam penjagaan sicomel
1- Vaksin- Ikut jadual yang telah di tetapkan oleh doktor vet.
2- Kembiri- Untuk mengelakkan dari membiak dan tidak terkawal.

Peralatan yang perlu ada dalam penjagaan dan kebersihan sicomel
1- Picagari @ "syringe"
2- kain bersih
3- Tisu bersih
4- Cotton Bud
5- Kapas
6- Tuala serap air jenis getah

Shampoo dalam penjagaan Mandian sicomel
1- Malaseb- Untuk kucing mengalami masalah kurap @ "fungus" yang teruk
2- Machicko Flea- Untuk mematikan kutu sengkenit dan hama
3- Medicated Shampoo- Untuk rawatan kulit dan bulu

Segala yang disenaraikan itu perlulah di rujuk arahan yang telah ditetapkan dalam kotak pembungkusan. Ianya adalah rawatan asas sementara sahaja jika berlakunya kejadian kecemasan di tengah malam. Anda di nasihatkan sediakan kotak peti kecemasan khas untuk sicomel. Jika manusia pun boleh ada kotak peti kecemasan, sicomel pun juga perlu ada kotak peti kecemasan seperti manusia kerana ianya adalah makhluk bernyawa. Selebihnya anda boleh meminta khidmat dan nasihat percuma dari doktor veterinar yang berpengalaman dan bertauliah.

Notakaki: Anda boleh dapatkan segala yang disenaraikan itu di premis kami. [KLIK DISINI] Penyediaan peti kotak peti rawatan kecemasan mungkin sedikit sebanyak boleh menyelamatkan nyawa sicomel anda. AMARAN KERAS!!! Janganlah sesekali memberi ubat panadol kepada sicomel anda. Ianya boleh membunuh sicomel anda dan tidak sesuai untuk haiwan.






0 Komen untuk "[INFO] Kotak peti Kecemasan Rawatan Asas Untuk Sicomel Anda"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC