Most Popular Cat Food


Salam Aidil Fitri dari Warga ZAPC!

Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi sicomel bermaafan)

Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadhan buat pelanggan yang dikasihi dan dirahmati. Semoga kehadiran syawal yang bakal tiba hanya beberapa hari lagi dapat menguatkan ukhwah antara satu sama lain. Alhamdulillah syukur kami kepada Allah kerana memberi nafas untuk kami menghabiskan puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan di permudahkan segala urusan seharian kami.

Kami di ZABP & ZAPC sudah mula sibuk mulai besok dan ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. Nasihat dan doa kami agar selamat sampai tempat yang dituju dan berhati-hati ketika memandu. Ingatlah sicomel anda tersayang ini.


Notakaki: Pertama kali ZAPC mengambil boarding untuk Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Sangkar kami sangat terhad berbanding ZABP dan sambutannya amat menggalakkan. Diharap anda terus menyokong perkhidmatan kami ini yer... Terima kasih semua...



0 Komen untuk "Salam Aidil Fitri dari Warga ZAPC!"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC