Most Popular Cat Food


Kain Rentang sebagai Papan Tanda ZAPC Sementara!

Assalamualaikum dan Salam Cat Lover...

Alhamdulillah di beri lagi nafas untuk kami meneruskan urusan bisnes Kedai Haiwan Peliharaan & Aksesori seharian. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Baru-baru ini En.Zul dikejarkan ke Sunway Medical Centre dan dimasukkan wad untuk beberapa hari. Jadi semua urusan akan di uruskan oleh En.Azizi sementara waktu menunggu En.Zul pulih sepenuhnya. Doakan beliau yer..

Mungkin ada diantara anda masih tidak tahu lokasi kami, bukan? Ini adalah sedikir gambaran Kedai Haiwan Peliharaan & Aksesori, Zul & Azizi Pets Centre di Taman Puncak Jalil. Kami memasang kain rentang sementara untuk memastikan anda dapat mengenali premis kami. Ini adalah kain rentang sementara menunggu kelulusan sepenuhnya dari pihak majlis tempatan iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Gambaran kain rentang sementara ZAPC

Hanya beberapa hari jer lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan dan ini kami dari ZAPC ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dengan penuh kesederhaan dan diredhai olehNya. In Sha Allah. Semoga Allah memberkati amalan pada bulan Ramadhan.

Notakaki: Kini kami telah buka laluan boarding untuk Hari Raya 2014. Borang boarding akan dimaklumkan secepat mungkin nanti yer... :-D


0 Komen untuk "Kain Rentang sebagai Papan Tanda ZAPC Sementara!"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC