Most Popular Cat Food


[INFO] Jusz Spray SuperCat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...



SOAL JAWAB KEBERKESANAN JUSZ SPRAY UNTUK SICOMEL ANDA...

Q: BAGAIMANA CARA GUNA JUSZ SPRAY for Cats & BERAPA HARI BOLEH NAMPAK KESAN PENGGUNAAN?
A: Cara penggunaan adalah berbeza mengikut masalah kucing (kutu, kurap & luka). Hasil penggunaan ni bergantung kepada jenis/ tahap masalah yg dihadapi oleh kucing tersebut serta cara penggunaan spray. Untuk masalah kecil, biasanya kurang daripada 3 hari sudah baik. Untuk masalah kutu kurang daripada 7 hari kutu dah tiada. Penggunaan tak terhad utk sekali sehari saja. Lagi kerap sembur lagi efektif.

Q: SATU BOTOL BOLEH TAHAN BERAPA LAMA?
A: 1 botol =150 ml, bersamaan 500 kali semburan. Bergantung kepada cara penggunaan & berapa banyak kucing. Jika penggunaan biasa, sembur  2-3 kali seminggu boleh tahan sehingga 2-3 bulan.
*Fakta;
1botol = 500 semburan
Sekali guna = 20 semburan
500/20 semburan = 25 kali penggunaan

Q: KUCING BERKUTU BOLEH GUNA KE? PRODUK NI MEMBUNUH KUTU ATAU HANYA MENGHALAU KUTU?
A: Ya, Spray mandian ini boleh digunakan untuk kucing yang mempunyai masalah kutu. Tetapi perlu kami tegaskan disini, JUSZ SPRAY for Cats ini BUKAN exactly Ubat kutu. Fungsi utama ia adalah bertindak sebagai antimicrobial dan cleaning spray. Penggunaan EUCALYPTUS di dalam formula tersebut sebagai value added. EUCALYPTUS oil adalah exctract minyak tumbuhan yang berfungsi sebagai "insect reppelent". Jika direct contacts, ia mampu membunuh kutu. Walau bagaimana pun kita hanya position ia sebagai pencegahan kutu dan membuang kutu sedia ada.
* JUSZ SPRAY for Cats Supercat ini tidak sama dengan ubat kutu yang biasa di jual di Vet yang mana JUSZ SPRAY for Cats tidak mengandungi racun kutu. Kami lebih mementing keselesaan dan keselamatan kucing juga baby serta anak yang masih di dalam kandungan ibunya.

Q: BOLEH KE GUNA UNTUK MASALAH KEGUGURAN BULU?
A: Keguguran bulu berpunca daripada beberapa sebab;
     -> Masalah Dalaman : Permakanan (Kurang vitamin) dan Stress
     -> Masalah Luaran : Bulu terlalu kering, kutu (menyebabkan kucung kerap garu dengan
                                   kuat) dan fungus/hama (menyebabkan kulit/bulu tidak sihat)
Jawapan pada soalan di atas: Ya, JUSZ SPRAY for Cats amat-amat membatu untuk semua masalah keguguran bulu yang di sebabkan dari masalah luaran.

Q: TAK BAHAYA KE KALAU KUCING JILAT? BOLEH SPRAY PADA ANAK KUCING KE?
A: Tiada masalah kerana bahan yang digunakan (Eucalyptus ) adalah plant oil (pati tumbuhan) bahan yang bukan racun. Bahan ini juga digunakan didalam pembuatan ubat gigi dan beberapa jenis gula-gula mint.

Kucing tak tahan sejuk, anak kucing lebih sensitif. Jadi, kalau mandikan lebih mudah kena selesema.
JUSZ SPRAY for Cats adalah alternatif terbaik.

Q: BOLEH GUNA SUPERCAT UNTUK BERSIHKAN TELINGA KUCING TAK?
A: Boleh tapi spray pada kain atau cutton bud dan bersihkan telinga kucing. Elakkan dari terus spray pada telinga kerana kucing akan takut dan lari.

Q: APA PERBEZAAN (A) JUSZ SPRAY for Cats DENGAN (B) JUSZ SPRAY for Cats Area?
A:  (A) JUSZ SPRAY for Cats = digunakan untuk sembur pada kucing. Pelbagai guna dan sesuai untuk semua peringkat umur kucing. LUKA, KURAP & KUTU hanya spray di tempat Masalah. Spray ke kesuluruhan bulu untuk mengganti mandian dengan air. Bulu menjadi semakin lembut dan Wangi. Penggunaan EUCALYPTUS di dalam formula tersebut sebagai value added.

Eucalyptus oil adalah antara minyak tumbuhan yang berfungsi sebagai repellent insect untuk kita position kan sebagai pencegahan kutu dan membuang kutu sedia ada.

Manakala (B) JUSZ SPRAY for Cats Area. Digunakan untuk penjagaan Optimum si Comel & juga anda serta keluarga. Digunakan dengan Spray di persekitaran tempat tinggal kucing untuk pencegahan kuman dan mengelakan berjangkit. Ia mempunyai kandungan bauan raspberry dan kandungan Eucalyptus adalah lebih banyak berbanding Bath Spray.

P/S - Ada dua keadaan penyakit merebak:-
1. Kucing menjangkiti manusia.
2. Manusia menjangkiti kucing.

Apa yang kami cuba terangkan disini adalah kesihatan dan kawalan yang menyeluruh;
Bath Spray bunuh kutu, kuman dan hama pada kucing dan Antimicrobial Spray pula bunuh kutu, kuman dan pada persekitaran dan mengawal secara optimum agar tiada jangkitan yang merbahaya kepad manusia terutama ibu-ibu mengandung dan anak-anak kecil.

CARA PENGGUNAAN JUSZ SPRAY YANG BERKESAN
(A) JUSZ SPRAY for Cats | Penggunaan Mengikut Masalah Kucing 

Untuk Kucing Yang Tiada Masalah. 
Semburkan JUSZ SPRAY for Cats pada Kucing anda (lebih kurang 20 semburan untuk kucing dewasa) Gosokan badan kucing tadi menggunakan tangan untuk ratakan semburan tadi ke seluruh badan kucing. Biarkan sekejap untuk kering atau boleh lap dengan tuala/kain yang bersih. Siap.

Untuk Kucing Yang Ada Masalah Kutu
Semburkan JUSZ SPRAY for Cats pada Kucing sehingga basah seluruh badan.
Gosokan badan kucing tadi menggunakan tangan untuk ratakan semburan tadi ke seluruh badan kucing. Pastikan kena pada kulit kucing. Biarkan sekejap untuk dia kering sendiri. Ulang semburan 2-3 kali sehari. Semakin kerap di sembur, lebih cepat nampak kesannya. Teruskan penggunaan JUSZ SPRAY for Cats secara konsisten & berterusan untuk pastikan telur kutu pun tiada.

Untuk Masalah Kulit (LUKA, KURAP, KEGATALAN)
Semburkan JUSZ SPRAY for Cats 2-3 kali sehari pada tempat bermasalah & biarkan sahaja kering dengan sendiri.

Untuk Telinga (KEKOTORAN, LUKA)
Semburkan pada kain atau putik kapas (cotton bud) & cuci telinga kucing.

TIPS:
1- Untuk mengelakkan kucing terkejut, pastikan di sembur bermula dari bahagian atas belakang (dekat dengan ekor).
2- Untuk bahagian muka semburkan pada tangan dan sapukan di persekitaran muka kucing (ini untuk mengelakan kucing terejut dan lari)

(B) JUSZ SPRAY for Cats Area
Sembur sahaja di persekitaran tempat tinggal kucing seperti sangkar, tilam, carpet, sofa, langsir dan sebagainya untuk kesegaran serta penjagaan kebersihan yang optimum.
Amat digalakan untuk kawalan yang menyeluruh bagi mengelakan jangkitan kutu, hama dan fungus kepada kucing dan juga dari kucing kepada manusia.

Jusz Spray ini boleh di dapati di premis kami dengan harga RM31.80 sahaja. Untuk pembelian secara online anda cuma dikenakan caj tambahan kos pos laju sebanyak RM7.00. Berminat boleh hubungi atau whatsapp kami di talian 017-6691143 (ZAPC) atau datang terus ke premis kami di alamat seperti berikut:

Kedai Haiwan Peliharaan & Aksesori,
ZUL & AZIZI PETS CENTRE,
No.21-G, Jalan PUJ 3/4,
Taman Puncak Jalil,
43300 Bandar Seri Kembangan,
Selangor




0 Komen untuk "[INFO] Jusz Spray SuperCat"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC