Most Popular Cat Food


Pakej Servis ZAPC 2015!

Miaoo...Miaoo...Miaoo (versi kucing Tahun 2015)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelanggan baru dan sedia ada yang kami kasihi, followers, bloggers, warga sahabat FB, pelawat blog dan pencinta kucing tegar amnya. Semoga dengan kehadiran tahun 2015 ini memberikan lebih ceria dan kesihatan yang maksimum.

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran dan sedikit kelapangan masa dapatlah kami mengemaskini entri semasa, memandangkan sambutan terhadap servis boarding dan grooming di akhir tahun 2014 sangat menggalakkan sehinggakan kami tiada masa untuk mengemaskini santapan entri semasa kami.


Masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2015 dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1436H kepada semua warga Malaysia amnya dan juga pelanggan-pelanggan kami khususnya. Dengan kehadiran Tahun Baru ini dapatlah sama-sama mempertingkatkan lagi mutu dan usaha dengan berkat dan di Limpahi olehNya. Amin


Walaupun sibuk, kami sangat terharu dan sedih pada negeri-negri yang terlibat dengan banjir khususnya di Pantai Timur, Perak dan Johor. Kami merakamkan Takziah kepada mangsa-mangsa banjir yang hampir kehilangan semua harta pencarian. Kami berdoa agar anda yang terlibat ini sabar dan tabah dengan ujian dariNya. Semoga dengan ujian ini dapat memperbaiki dan mempertingkatkan keimanan masing-masing.

Setelah memperbincangkan bersama, berkuatkuasa pada 01 Januari 2015, pakej servis ZAPC telahpun di seleraskan.


Notakaki: Semoga Tahun 2014 dapat memberi pengajaran, pengalaman serta tauladan untuk Tahun 2015. Musibah demi musibah, ujian demi ujian perlu di tangani dengan redha, doa, istigfar dan Salawat keatas Nabi. Semoga amalan ini akan berterusan dan semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa yang lalu. Amin.


0 Komen untuk "Pakej Servis ZAPC 2015!"
 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC