Most Popular Cat Food


[ZAPC] Lokasi Dan Gambaran

Assalamualaikum dan Salam kenalan....

Alhamdulillah dengan IzinNya juga, akhirnya kami membuka satu lagi cawangan baru di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Kedai Haiwan Peliharaan Dan Aksesori Zul & Azizi Pets Centre. Di cawangan baru ini, kami ada menjual barang-barang keperluan untuk sicomel anda, bukan sahaja pada kucing malah bagi Pencinta Anjing juga kami tidak lupakan sesuai dengan tagline "Menghubungkan Dunia Sicomel Anda". 

Zul & Azizi Pets Centre ini dimiliki dan di kelolakan oleh Zul & Azizi Boarding Pets sepenuhnya. In Sha Allah sedikit demi sedikit, kami akan memperbaiki kelemahan yang ada dengan sokongan dari anda semua. Sedikit gambaran perjalanan dalam menyiapkan premis baru kami untuk di kongsikan bersama...

Kipas di letakkan di setiap sudut ruang barangan sebelah kanan

Salah satu lagi kipas yang di letakkan di sudut sebelah kiri

Sudut pandangan pintu masuk ke kedai MPC

Inilah gambaran ruang tempat letak barang-barang
yang akan di jual nanti.

Sudut pandangan ruangan servis boarding, grooming dan
mating di belakang.

Peringkat ke-2: 'Shelf' yang akan di susun dan akan di asingkan
mengikut kategori item untuk memudahkan pelanggan mencari
barang yang diperlukan

Hampir 80% siap dan akan dijangkakan pembukaan pada awal bulan Jun 2014 nanti. Semoga anda terus memberi sokongan nasihat dan jualan kami nanti. Tunggu kemunculan segmen, giveaway dan promosi yang bakal di umumkan nanti. Terim kasih...

Notakaki: Jemput datang yer... :-D


2 Komen untuk "[ZAPC] Lokasi Dan Gambaran"

Tahniah atas pembukaan kedai baru...

@Laydezz Leeza
Terima kasih...Sorry baru nak balas...huhuhu

 
Copyright © 2015 Zul & Azizi Pets Centre - All Rights Reserved
Template By - Modified By ZAPC